Friday, October 10, 2008

Nobel Terakhir


Adalah sanya ini kisah terkemuka.

“Bagaimana kau lakukan?’
“Lakukan apa?”
”Tadi itu yang kau lakukan tadi”
”Oh, itu yang aku lakukan tadi”
”Ya itulah”
”Perlukah aku beritakan padamu.. eh, bukankah engkau juga sealiran denganku bahkan engkau diantara yang terbaik di kalangan kita”.
”Ah! Itu pandangan kalian, waima aku tidaklah seperti yang kalian tanggap. Malah
tanggapan kalian menjadikan aku beranggapan terbunuh di mata kalian”.
”Adakah maksud kau pandangan kami salah?”
”Bukan, bukan begitu, bahkan jauh sama sekali”
”Lalu.. apa maksudmu?”
”Maksudku tanggapan kalian menyiksa kekuatan ku yang terdahulu”
”Menyiksa? Apakah kau cuba bermain bahasa denganku?”
”Tidaklah, dalam hal itu engkau yang terbaik, tiada kata seindah bahasamu”
”Usah memuji keterlaluan”
”Aku tidak memuji, aku juga tidak momokkan engkau dengan pujian. Adakah engkau belum cukup mengenaliku, aku bukan pemuji handalan sebagaimana yang..”
”Cukup, cukup. Sebenarnya engkau perlukan sokongan, begitu”
”Hampir sahaja engkau menyelami maksudku”
”Lalu.. sokongan yang bagaimana yang kau mahukan”
”Aku cuma kata hampir, tapi bukan itu sebenarnya, walhal kini kalianlah penyokongku”
”Engkau mengharap pada kuasa, kuasa istimewa barangkali”
”Apa perlu aku pada kuasa, aku punya kuasa, aku tak mengharap pada kuasa apa pun”
”Kuasa Tuhan?”
”Kamu..

(sepintas masa terhenti, sungguh T.E.R.H.E.N.T.I.! kosong:kosong:kosong:kosong).

”Maaf”
“Bagaimana kau lakukan?’
“Lakukan apa?”
”Tadi itu yang kau lakukan tadi”
”Oh, itu yang aku lakukan tadi”
”Ah ya itulah”
”Ah! Itu hanya percubaan”
”Percubaan?”
”Ya percubaan, umpama percubaan untuk mengetuk pintu, namun belum lagi diketuk. Ia seperti segitiga yang diikat lalu ditarik, harus ditarik serentak”.
”Jadi.. kaulah yang sedang menarik segitiga itu?”
”Siapa? Aku? Menarik segitiga?.. Ke mana?”
”Neraka”.

1 comment:

Anonymous said...

saya sayanga awak.