Monday, October 13, 2008

segalanya mungkin




Sebuah kepercayaan rapuh oleh nista dan durjana namun aturan yang dihukumkan masih teguh digenggam, adalah; adalah suara hujan yang membasahi dinding lalu tempiasnya hampir membasahi tabir jendela kaca. Kemelut hujan yang turun tidak ada siapa yang mampu menghalang hatta dikalihkan pawang terhebat tiadakan dapat menghalang aliran titis yang bercucuran. Adalah; adalah hati yang makin rawan adalah hati yang makin meresahkan. Mungkin hujan tadi sebagai petanda bahawa ada ribut berlindung di sebalik gunung. Hanya menunggu masa untuk menjamah nusantara dunia dan menenggelamkan nafas penghuninya. Mungkin langit ingin mencurah bakti pada bumi, diberitanya mendung agar dapat bersedia berlindung atau diberitanya gerimis lalu terhiaslah selaut pelangi. Mungkin hujan kasihan pada awan yang larat dan sarat dengan serpih kaca yang tak mampu dipikulnya lalu dijelmakan hujan untuk bersama memangku galas dan beban natijah bumi kebasahan: kerana belum pasti banjir? Kerana mengapa maka di kuala?

Ya, keadilan hak mutlak kehidupan, ketentuan bukan.

No comments: